Tuesday, August 25, 2009

::Nak Citer Ckit::

Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan yang mulia dan semoga diberkati hendaknya dari kami IZZ FAMILY... Alhamdulillah kini dh masuk hari yang ke4... dap dup dap dup kang dh tiba lak syawal.. RAYA is comingggg... Preparation for hari raya berserdahana saje untuk tahun nie.. bkn apa x nak membazir beli yang bukan2 je kang.. kuih muih pn kena beli mana yang patut je x leh nk main beli je kang mau nye sampai dh EXPIRED x serdar2 lagi simpan kat dalam kabinet... huhuhu... Bab baju raya lak ada la untuk si tenet dlm 3 @ 4 pasang je.. yg lain2 pakai je la baju mana yang ada... kang badan dh nk membesar sayang lak nk beli bebanyak kn.. untuk ibu & ayah danialx mencari lagi... asal ada je la.. Lg pn kami masih lagi dalam keadaan sedih kerana pemergian ABAH amat dirasai lagi... sedih sgt this year x dpt salam peluk cium abah di pagi raya... WAWAWA sedih bangat.. tapi apa2 pn semoga ABAH ditempatkan dikalangan orang yang beriman... AMIN....

ni nk citer cikit pasal si tenet ni.. Act we all nk hantar DANIAL kat TASKA bawah apartment kami... dh risik2 mcm ok je.. Antara alasan2 yang dh x hantar kat pengasuh ialah :-
  • dok ulang alik dari DESA PETALING ke CHERAS FLAT SRI MELAKA..
  • bila time hujan lak mest smpi lmbt kat ofis x pn EL x pn MC...
  • time hujan akan memudaratkan kesihatan DANIAL...
  • senang ckit jimat masa dan tenaga
  • untuk keselamatan danial sebab bwk dia naik motor
  • hubby yang bayar monthly.. huhuhu
  • pandai bergaul ngan kengkawan
  • ada aktiviti mcm tadika
  • boleh belajar berdikari
  • tp yang paling aku takut sekali akan jadi ganas dan lasak yang x bole nk control sangat... wawawawawa..
rasa mcm sedih lak.. coz pengasuh danial nie jaga dgn penuh kasih sayang.. mcm jaga cucu sendiri... maybe kawan DANIAL si SOPHIA akan merindui telatah danial.. smlm nk ckp kat pengasuh tu pn rasa x sampai hati.. tp dh ckp ngan dia klu rasa2 x ok hntr kat TASKA tu aku nk hantar kat sana balik... dia kata ok x de masalah.. huhu


Tuesday, August 18, 2009

~*Pra Hari Raya Aidilfitri*~

Cuti hujung minggu lepas we all balik kampung Kuala Pilah di Negeri 9.... seronok rasa mcm dh lama x balik kmpg tgk kehijauan alam ciptaan tuhan... Act balik kampung ni ada kenduri tahlil dan sambut Ramadhan... hari minggu aktiviti keluarga Bakar Lemang & Rendang Daging Cili Padi.. memang syok sangat rasa suasana cam ni... nk amik pic si tenet bkn main payah lagi coz x reti dok diam.. asik nk merayap je... lotih dennnn nk kojarrrr... hehe slang N9 la plak.. x roti den.. payah bebonar.... huhuhuuuu... jom layan this picasss..

anak ibu si danial


my hubby & yg belakang tu Mak Teh


my MIL yg berbaju merah belang tu... kecil molek je orangnye...
x mcm menantu dia bkn main sihat lagi.... huhu


ni lak my FIL bkn main rajin lagi mencangkul...
Cangkul apa tue? ada harta karun ka???
jiwa muda my FIL ni

rendang daging yg memang menyelerakan.. mantap skaliiii


WAN yg gigih potong lemang nk bagi anak menantu
cucu & cicit makan..
nyum.. nyum..

hasil lemang yg sudah dimasak


Time bakar LOMANG PANASSSS...


cuba teka apa ni??? huhu
ni la daging salai utk we all bwk balik coz ni mmg febret my hubby
Daging Salai Masak Lomak Cili Api + Terung Telunjuk

Thursday, August 13, 2009

~*Renungan Yang Mulia*~

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : ' Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?'

Dan Tuhan menjawab: 'Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu .'

Bayi bertanya lagi: 'Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.'

'Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu
akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia'

'Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya
jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?' 'Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.'

'Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?'
'Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa'

'Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?' 'Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya'

'Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi'
'Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu'

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : 'Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?'

'Kamu akan memanggil malaikatmu itu: ' IBU '

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar.... sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.'

DaNiaL nGaN JeRsi CheLSeA

ni pic last week.. hadiah dari ATOK untuk cucu kesayangan.... yg x tahan tu jersi CHELSEA... hahaha... dh la my hubby tu peminat setia MU.. kwang.. kwang...kwang... danial bila dh pakai baju ni punya la seronok smpi x reti dok diam.. jd aktif semacam je.. yg kelakarnya bukan excited nk main ball tp dok cbuk ngan mini car dia.. hmm apa2 je la anak ibu ni kan.. jom kita layan this picassss..




Monday, August 3, 2009

~*Flaming Steamboat*~

saje nk wat entry ni coz ni citer last 2 weeks tp nk upload pic mcm hampeh je server kat cni... Flaming Steamboat yang bertempat di sebelah Sunway Piramid.. ni pn jiran rumah baru i kat desa petaling yang bwk we all ke sana.. not bad tempat dia.. bagus untuk sesiapa yang nk wat birthday party @ nk celebrate la.. tp tempat ni kecik cikit n pack.. before nk g harusla booking dulu klu x mmg menunggu je la kat ctu ataupun dtg je la esok ye... sila klik sini utk website nye..


FLAMING STEAMBOAT

BUFFET STEAMBOAT DINNER

ADULTS : RM19.90++ CHILDREN : RM8.90++

OPEN EVERY DAY 5PM TO 12 MIDNIGHT

(OPEN ALL PUBLIC HOLIDAYS)

UP TO 150 FOOD ITEMS

INCLUSIVES DRINKS & ICE-CREAM

NO. TEL : 03-56336820


hubby n me...

muka kekenyangan..



azrul n ayu



makan-makan


nyum-nyum seafood..