Wednesday, July 15, 2009

Perginya Insan Yang Ku Sayangi

Assalammualaikum... perginya seorang insan yang bergelar ABAH kembali ke Rahmatullah pada 11 Julai 2009 Jam 10.30am tarikh dan saat yg akan kami sekeluarga kenang selamanya.. pemergiannya yang mengejut membuat kami sekeluarga terperanjat mendengar khabar berita tue.. sedih tak terkata hingga kami terasa kehilangan seorang ABAH yang tiada gantinya...

Bermula lah kisah...

11 JULAI 2009 (SABTU)

Setiap hujung minggu ABAH & Mak & Ecah akan balik ke Sepang.. Hari Sabtu pagi abah akan keluar beli sarapan di pasar untuk santapan tapi pada pagi tue mak kata tiada apa yg di bawa balik hanya tangan kosong sahaja.. ABAH & mak hanya sarapan dengan ubi kayu rebus je pagi tue... Sebelum nk bertolak ke kebun ABAH dh kait buah rambutan dekat halaman rumah dengan hajat dihatinya untuk di sedekahkan kepada orang... selepas kait buah rambutan, ABAH & Mak terus ke kebun yang tidak jauh dari rumah lebih kurang dalam 3km jaraknya... Sempat juga ABAH bercucuk tanam di kebun.. Dalam perjalanan balik dari kebun ABAH ada mengadu ngan Mak yang ABAH sakit dada... tapi Mak anggap mungkin letih menyangkul.. sesampai di rumah, ABAH sempat bersihkan diri dan mandi... Mengikut jadual harian ABAH pagi tu ada orang datang hendak berurut dengan ABAH.. Pesakit ABAH sampai jugak ke rumah, tapi mak minta izin dengan ABAH supaya minta pesakit ABAH datang di lain hari kerana ABAH x sihat masa tue.. Mak nak bawak ABAH gi klinik tapi ABAH tak mau menyusahkan orang memang dia tak suka... Kemudian Mak sempat panggil jiran sebelah rumah yang bernama CIK ROS.. terima kasih banyak kepada CIK ROS kerana berada di samping Mak untuk kuatkan semangat Mak menghadapi dugaan yang besar dariNYA... Mak sempat buat panggilan kat Timah yang menyatakan ABAH dah sesak nafas... selepas daripada tu aku lak terima panggilan dari Timah memberitahu khabar berita tue... Aku terus call mak dan bertanyakan hal sebenar... Dengar suara tangisan Mak tapi tak terungkap dengan kata-kata... Sayu hati ku mendengar suara ABAH di hujung talian dengan menyebut YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH berulang kali.. aku terpana, terkedu dan terperanjat... aku ber HP pada suami ku dan mendengar suara ABAH tetap macam tu gak.. bila dipanggil2 tapi ABAH tak menyahut hanya ungkapan YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH yang keluar dari mulutnya..... lepas je dengar macam tu aku dan suami terus bersiap nak bertolak ke sana... kami adik beradik call sesama sendiri untuk ke sana.. dalam keadaan kelam kabut aku terima panggilan dari Mak yang bagitau ABAH dah KOMA... Sebenarnya ABAH dah meninggal dunia di samping Mak... sempat Mak mengajar abah mengucap dua kalimah syahadah... tapi mak selindung dari kami kerana tidak mahu kami adik beradik kelam kabut dalam perjalanan... Sejurus terima panggilan dari mak aku terus call seorang WAK DALAIL yang tinggal di kawasan kampung situ untuk meminta pertolongan untuk bawakan ABAH ke Klinik... Kami semua adik beradik dalam perjalanan nak ke sana... abang aku BAIM, yang sampai dulu ke KLINIK KESIHATAN SUNGAI PELEK... tapi kata abangku semasa mengangkat ABAH ke klinik memang ABAH dh tak ada yang hanya ada ialah sekujur tubuh yang di angkat bersama orang2 kampung... selepas dapat pengesahan daripada seorang Doktor di situ yang menyatakan memang sahih la ABAH dh MENINGGAL DUNIA.... tepat jam 10.30a.m. Hanya tangisan yang mengiringi untuk menyampaikan khabar berita tue pada kami adik beradik... lepas dapat panggilan dari TIMAH aku meraung tak terkata rasa macam gelapnya dunia nie.. aku telah kehilangan seorang abah... aku tak percaya yang aku telah menjadi ANAK YATIM... rasa baru pagi tadi aku dengar suara ABAH..... Sesampai aku di Klinik aku memeluk seerat-erat Mak dan aku tengok betapa tabah nya hati seorang ibu untuk menenangkan anak-anaknya... Mak tak tunjukkan kesedihannya langsung depan anak-anak.. tapi jauh sudut hati aku dapat aku rasakan dia dalam kesedihan yang teramat sangat bila Mak kehilangan seorang suami yang disayangi dan hidup bersama hampir 37TAHUN.... Aku sedekahkan Al-Fatihah dan baca Surah Yassin kepada ABAH.... dalam sedu sedan tapi aku kuatkan semangat gak... selepas kami adik beradik berkumpul di Klinik dan membuat keputusan untuk membawa jenazah ABAH ke CHERAS KUALA LUMPUR...WAK DALAIL yang menguruskan perjalanan dari Sepang sehinggalah selesai... terima kasih kami sekeluarga ucapkan kepada WAK kerana budi hati wak kami sekeluarga tak terbalas... sesampai jenazah di MASJID AZ-ZUBBAIR CHERAS, saudara mara, jiran tetangga, sahabat-sahabat, pesakit2 ABAH serta lain-lain sudah menunggu ketibaan kami dan jenazah... Tangisan dan sebak yang menyelubungi semua hati kerana ARWAH ABAH seorang yang periang, baik hati, peramah, pemurah dan kerana kebolehannya boleh mengubat orang yang sakit... jasa dan budi bekerti ABAH tak ternilai harganya... Kami berdoa semoga ABAH ditempatkan di SYURGA... Kasih sayang ABAH tak kan kami lupakan... Gurau senda dan gelak tawa ABAH akan kami rindukan selamanya... ABAH kami akan jaga adik ECAH sampai ke akhir hayat.... tanggungjawab sebagai abang, kakak dan adik pada MAK akan kami tunaikan... kami akan hiburkan hati mak di kala sunyi... Sekian dari Ina & Family...Semoga Roh Abah dicucuri rahmatNYA..
Al-Fatihah buat Allahyarham Abdul Hadi bin Hashim... Amin

2 comments:

  1. na,takziah dr aku& fmly..moga ko & fmly tabah & sabar..sedih aku bace entry ko..sowi x dpt hadir kenduri tahlil..

    ReplyDelete
  2. thanks a lot.. x pe aku paham.. aku pn kena kuatkan semangat sebab aku rasa bertanggungjawab pada mak aku n adik2 aku.. Entry ni aku tulis apa yang nak di luahkan isi hati... Rasa sayu sangat..

    ReplyDelete